Monday, March 7, 2011

Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia

Permohonan Maktab Perguruan Lepasan SPM ( KPLSPM ) 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil pelajaran Malaysia ( SPM ) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Syarat dan kelayakan:
Warga negara Malaysia
Umur tidak lebih 20 tahun pada 20 jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991
Sihat fizikal dan mental
Aktif dalam ko kurikulum
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat SPM dengan mendapat cemerlang dalam 3 mata pelajaran dan
sekurang2 kepujian dalam 3 mata pelajaran Bahasa melayu, sejarah, satu mata pelajaran yang lain serta lulus bahasa inggeris
Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Berminat sila beli no pin ID maktab perguruan KPLSPM di Bank simpanan Nasional mulai esok dengan harga Rm6.00

Boleh mula mengisi di Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengisi di sistem permohonan online mulai 7/3/2011

Update 7/3/2011 : Permohonan online KPLSPM

Tarikh tutup ialah pada 22 Mac 2011

Untuk maklumat lanjut dan tepat sila rujuk di 

http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/index.cfm 

Kepada anak-anak didik sekalian, yang berminat untuk menjadi PENDIDIK, sila bertindak dengan cepat dan pantas.
Semoga berjaya....