Blog ini disediakan untuk menyediakan satu ruangan untuk pelajar-pelajar SPM mencari soalan-soalan latihan berkaitan dengan SPM khasnya Matematik Moden SPM. Gunakanlah blog ini sebaiknya untuk memantapkan pemahaman anda. Semoga berjaya menempuhi SPM dengan cemerlang! Study Smart!
Tuesday, October 5, 2010
Friday, October 1, 2010
A-CAMP MATEMATIK 01 OKTOBER 2010
Kepada pelajar yang tidak hadir ke A-Camp Matematik pada 1.10.2010 ( Jumaat ),
sila dapatkan soalan daripada link yang berikut.Sila jawab dan sila hantar jawapan anda kepada guru yang mengendalikan kumpulan anda atau hantar terus kepada guru yang mengajar anda dalam kelas Matematik.
Anda juga boleh menghantar kepada Cikgu GEORGE DOMINIC untuk semakan.
[Image yang disertakan hanyalah soalan 1. Anda perlu download soalan penuh pada link yang disediakan]
LINK 1 : SOALAN A-CAMP 01102010 ( msWord)
SOALAN A-CAMP 01102010 ( Pdf)
LINK 2: Skema Jawapan
Friday, September 3, 2010
Holiday Time Enhancement
Hi semua....
anak-anak didik SEMENTA.
Di bawah ini adalah sebahagian daripada latihan anda untuk masa cuti,sepanjang 2 minggu iaitu dari 4.9.2010 hingga 19.9.2010. Cuti pertengahan penggal 2 kali ini agak panjang.
Walau bagaimanapun, dengan cuti yang agak panjang, diharap anda semua tidak leka dan tidak tertinggal untuk mengulangkaji pelajaran.Untuk makluman anda, selepas cuti ini, anda akan menghadapi Peperiksaan Percubaan 2yang dijangka akan diadakan pada 4.10.2010. Jadikanlah masa cuti ini sebagai masa emas untuk menambahkan pengetahuan dan mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan, bukan sahaja Peperiksaan Percubaan, tetapi yang paling utama peperiksaan SPM nanti.
Bagi anda yang masih kekurangan persediaan untuk subjek Matematik, gunakanlah sepenuhnya blog ini untuk mendapatkan info, maklumat,soalan dan panduan.
Anda juga boleh berinteraksi dengan admin dengan menuliskan komen anda, dan juga daftar sebagai follower.
Latihan yang admin lampirkan ini hanyalah 1 mukasurat daripada latihan kesemuanya. Untuk latihan versi penuh, anda boleh klik link di bawah.Anda boleh save fail dalam bentuk PDF ataupun Mikrosoft Word. sila print untuk keselesaan anda manjawab nanti.
Selamat mengulangkaji dan selamat menjawab.
Subscribe to:
Posts (Atom)