TUGASAN SEMASA CUTI
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2010
Matematik Moden
Tingkatan 5
Arahan:
1. sila layari laman blog http://sifugoch.blogspot.com/ untuk mendapatkan soalan tugasan semasa cuti (TSC). Anda dinasihatkan untuk ‘download’ ,‘save’ dan cetak fail-fail tugasan. Fail tugasan adalah dalam format image (jpg).
2. Semua pelajar tingkatan 5 (5A,5B,5C,5D,5E dan 5F) DIWAJIBKAN untuk menyiapkan tugasan ini.
3. Tugasan adalah terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Bahagian Kertas 1 dan Bahagian Kertas 2.
4. Bahagian Kertas 1 terdiri daripada 1 set soalan sahaja. Jawaban untuk Bahagian Kertas 1 hendaklah diserahkan kepada guru Matematik untuk disemak pada minggu pertama persekolahan penggal kedua. Anda juga boleh menghantar jawapan anda ke emel wdw8203@gmail.com untuk semakan terus. Sila tuliskan nama penuh dan tingkatan anda sekiranya anda ingin menghantar jawapan anda melalui emel.
5. Bahagian Kertas 2 terdiri daripada 5 set soalan aneka tajuk. Pelajar dikehendaki untuk menuliskan jawapan lengkap beserta dengan langkah-langkah pengiraan bagi setiap soalan.
6. Hantar jawapan untuk Bahagian Kertas 2 kepada guru Matematik anda untuk semakan pada minggu pertama penggal Kedua.
7. Semua pelajar dinasihatkan agar tidak menipu (MENIRU atau MENYALIN jawapan rakan) dalam menyiapkan tugasan ini. Gunakan TSC ini untuk membantu guru matematik anda untuk menilai persediaan anda selama ini dan merancang ulangkaji berfokus untuk anda semasa A-Camp nanti.
8. Pastikan anda menyemak semua mukasurat dalam blog untuk mendapatkan semua soalan. Senarai topik dalam TSC ada dalam lampiran di bawah.
9. Setiap pelajar dikehendaki menyiapkan sekurang-kurangnya 4 set daripada 5 set daripada TSC kertas 2 yang disediakan. TSC kertas 1 adalah wajib dijawab. Walau bagaimanapun, adalah digalakkan untuk menyiapkan semua TSC yang disediakan sebagai latihan persediaan dalam memantapkan kemahiran dalam Matematik SPM.
10. Selamat bercuti dan selesaikan tugasan anda dengan sempurna. Pelajar yang berjaya menyempurnakan tugasan TSC ini akan diberi MERIT sebanyak 10. Kegagalan untuk menyempurnakan tugasan ini sebaliknya akan dikenakan DEMERIT 10.
11. sILA TINGGALKAN KOMEN PADA BAHAGIAN KOMEN APABILA ANDA MELAYARI SETIAP PAGE DALAM BLOG. KOMEN ANDA AKAN DIKIRA SEBAGAI BUKTI ANDA MENJALANKAN TUGASAN YANG DIAMANAHKAN.
http://sifugoch.blogspot.com/
emm..sda~^_^
ReplyDeleteYeah .. Finish already :)
ReplyDeleteDanny 5B
"Prove that I have finish :)"
Danny> Keep Up the Good work
ReplyDeleteAnonymous> suda siap ka?
Paper 1
ReplyDeletejawapan dlm bntk A,B,C,D sja kah...atau mau tulis lagi jawapan dan soalan?
paper 2
emm~ smua soalan buat dlm exam pad kah? <--abis sda exam pad.
paper 1: tulis jawapan sahaja : A,B,C @ D...
ReplyDeletePaper 2: jawapan dan jalan kerja dalam exam pad... kalau abis..di LP ada banyak lagi..hehehe
pandai2 lah memandai mandai...
ok...
yeyah.... Finish already.... ^_^..
ReplyDeletedkat sda sap... ^___^
ReplyDeletecigu, mana yg baru punya?
ReplyDeleteThis paragraph will assist the internet viewers for building up new blog or even a blog from
ReplyDeletestart to end.
Feel free to surf to my website ... acai ultra